Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: HK catat 115 kes baru, 109 kes tempatan

Nov 29, 2020 | 05:59 PM



HONG KONG: Sebanyak 115 kes jangkitan Covid-19 baru dilaporkan di Hong Kong pada Ahad (29 November), dengan 109 kes disebar secara tempatan.



Menurut agensi berita Reuters, jumlah ini adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan sedang pihak berkuasa negara ini melawan gelombang Covid-19 yang diperbaharui.



Jumlah ini meningkat daripada bilangan 84 kes pada Sabtu dan yang tertinggi dicatat sejak 1 Ogos lalu di mana 125 kes dilaporkan. Pada 30 Julai, bilangan kes adalah 149.



Sejak lewat Januari, 6,239 penduduk Hong Kong dijangkiti dengan koronavirus. Sebanyak 109 kes meninggal dunia kerana penyakit ini.



Hong Kong telah menutup bar, kelab malam dan ruang hiburan lain buat kali ketiga tahun ini. Pihak berkuasa pula memberi amaran bahawa wabak ini kembali dengan situasi lebih meruncing.



Peningkatan bilangan kes terkini bahkan memaksa pelancaran kembara gelembung udara antara Hong Kong dan Singapura yang sepatutnya bermula pada 22 November untuk ditunda selama dua minggu.



Pihak berkuasa Hong Kong juga sedang membuka kembali dewan rawatan sementara Covid-19 berhampiran lapangan terbang kota ini.  - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >