Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: India dijangka kaji gabungan dua vaksin berbeza

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



NEW DELHI: India dijangka menjalankan kajian kebolehlaksanaan rejimen yang menggabungkan dua vaksin Covid-19 yang berlainan.



Langkah itu bagi mengetahui sama ada penggunaan dua jenis vaksin Covid-19 yang berbeza dapat meningkatkan imun terhadap virus tersebut.



Berdasarkan laporan The Indian Express, kajian itu mungkin dijalankan dengan menggunakan vaksin Covid-19 yang sedia ada di negara tersebut termasuk beberapa vaksin dalam perancangan.



Pengerusi Jawatankuasa Khas menangani Covid-19 di bawah Kumpulan Penasihat Teknikal Nasional berkaitan Imunisasi (NTAGI), Dr N.K Arora, berkata kajian tersebut dijangka bermula dalam beberapa minggu lagi.



Katanya, kira-kira lapan jenis vaksin Covid-19 akan dicampurkan dan dipadankan sebagai sebahagian daripada proses tersebut.



Vaksin itu termasuk Covishield, Covaxin dan Sputnik V yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di India.



Ujian klinikal itu akan mengkaji beberapa faktor antaranya kesan penggunaan dua jenis vaksin berbeza secara bersama serta vaksin keluaran yang sesuai untuk diberikan sebagai dos pertama dan kedua.



"Kami sedang meneliti gabungan vaksin yang memberikan perlindungan lebih baik.



"Ketika ini, vaksin digunakan hanya memberi perlindungan terhadap wabak dan penyakit serius. Ia tidak memberikan tahap perlindungan daripada jangkitan dan penularan virus seperti mana yang kita mahukan," katanya.



10 juta vaksin



India kini boleh memiliki sebanyak 10 juta dos vaksin Covid-19 yang tersedia setiap hari pada bulan Julai dan Ogos berbanding hanya tiga juta ketika ini.



Jaminan diberikan pemerintahnya dalam usaha meredakan kebimbangan mengenai kekurangan dan kegagalan menguruskan program vaksinasi negara itu.



Negara dengan penduduk kedua tertinggi di dunia itu dilanda gelombang jangkitan serius sejak April.



Pakar kesihatan berpendapat, satu-satunya cara ialah vaksinasi besar-besaran ke atas 1.3 bilion penduduknya.



Menurut Penasihat Kerajaan, V K Paul, pihaknya yakin dapat meningkatkan kadar vaksinasi apabila persediaan meningkat.



Pengeluar vaksin seperti Institut Serum India dan Bharat Biotech berusaha untuk meningkatkan bekalan.



India juga sedang berbincang dengan pengeluar vaksin asing utama seperti Pfizer.



Kementerian Kesihatan memberitahu, hampir 45 juta orang telah diberi vaksin sepenuhnya.



Ini bersamaan 4.7 peratus daripada 950 juta penduduk dewasa di negara itu.



India memberikan hampir 2.8 juta dos pada minggu lalu, menurut data dari portal vaksin rasminya.



Sebelum ini Perdana Menteri Narendra Modi dikritik kerana program vaksinasi perlahan walaupun India merupakan salah satu pengeluar vaksin terbesar di dunia.



Bulan lalu, pemerintahnya mengarahkan agar jarak masa dua dos AstraZeneca ditingkatkan menjadi 12 sehingga 16 minggu dari empat sehingga enam minggu.



Jumlah Covid-19 di India sudah melepasi 27 juta pada Rabu lalu, dengan 208,921 kes baharu direkodkan, kata Kementerian Kesihatan.



Covid-19 menyebabkan sekurang-kurangnya 330,000 orang mati di India, termasuk lebih 1,200 doktor, menurut Persatuan Perubatan India.



Dalam masa yang sama, jumlah kes aktif harian menyaksikan penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan setakat ini kes aktif ialah sebanyak 2,495,591.



Kempen vaksinasi



India turut mengumumkan pembukaan kempen vaksinasinya kepada semua orang dewasa.



Pelancaran kempen secara besar-besaran itu dilihat akan menguji had pemerintah persekutuan, kilang vaksin di negara itu dan kesabaran penduduknya.



Pembuat vaksin terbesar dunia itu masih kekurangan bekalan kritikal ekoran tiada bahan mentah dan proses pembuatan yang mencukupi sehingga menyebabkan pelancaran vaksin di beberapa negeri tertunda.



Jurang ekonomi di seluruh negara membuatkan akses kepada bekalan vaksin menjadi tidak konsisten.



Hanya sebilangan kecil penduduk India mampu membayar harga yang dikenakan oleh hospital swasta untuk suntikan itu.



Negeri-negeri di India akan dibebani dengan imunisasi 600 juta orang dewasa yang berusia di bawah 45 tahun.



Kerajaan pusat telah memberikan suntikan kepada 300 juta pekerja kesihatan dan pekerja barisan hadapan serta mereka yang berumur lebih 45 tahun.



Setakat ini, vaksin daripada kerajaan adalah percuma dan hospital swasta dibenarkan menjual suntikan vaksin Covid-19 dengan harga yang ditetapkan iaitu 250 rupee ($4.50).



Bagaimanapun, amalan itu akan berubah selepas ini apabila harga untuk kerajaan negeri dan hospital swasta akan ditentukan oleh syarikat vaksin.



Beberapa negeri mungkin tidak dapat memberikan vaksin secara percuma kerana terpaksa membayar dua kali lebih banyak daripada kerajaan pusat untuk suntikan yang sama dan harga vaksin di hospital swasta dijangka meningkat.



Kurang 2 peratus telah mendapat suntikan lengkap vaksin Covid-19, manakala 10 peratus telah disuntik dos pertama setakat ini di India.



Kekurangan bekalan



Kekurangan bekalan vaksin Covid-19 pula memaksa Tamil Nadu menghentikan sementara program inokulasi Covid-19.



Lapor The Indian Express, ramai penduduk yang mengunjungi pusat kesihatan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada hari ini telah diminta pulang dan kembali semula selepas 6 Jun.



Jelas laporan itu lagi, pegawai di pusat kesihatan mendakwa kehabisan bekalan vaksin Covid-19.



Setiausaha Kesihatan, J. Radhakrishnan, berkata stok vaksin Covid-19 yang sedia ada dijangka habis.



Katanya, negeri itu akan menerima bekalan vaksin Covid-19 seterusnya daripada Bharat Biotech dan Institut Serum India pada Rabu ini.



Negeri itu mempunyai sekitar 493,000 dos vaksin yang mana 269,000 dos sepatutnya diagihkan kepada penerima berusia 18 hingga 44 tahun dan 224,000 dos kepada individu berumur 45 tahun ke atas.



"Pemerintah memperuntuk sebanyak 2.043 juta dos bagi bulan Mei dan kita sudah menerima 1.868 juta dos. Kami tidak pasti bila akan dapat baki 174,000 dos vaksin lagi.



"Pemerintah memaklumkan akan mengagihkan 4.258 juta dos vaksin pada bulan ini tetapi bekalan hanya akan sampai pada 6 dan 9 Jun kerana masalah bekalan," katanya.



Setakat ini, Tamil Nadu sudah menerima sebanyak 9.6 juta dos vaksin Covid-19. - Agensi berita.




"Kami sedang meneliti gabungan vaksin yang memberikan perlindungan lebih baik. Ketika ini, vaksin digunakan hanya memberi perlindungan terhadap wabak dan penyakit serius. Ia tidak memberikan tahap perlindungan daripada jangkitan dan penularan virus seperti mana yang kita mahukan.''
- Pengerusi Jawatankuasa Khas menangani Covid-19 India, Dr N. K Arora.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >