Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Indonesia sahkan 8 lagi kes, jumlah kini 27

Mar 11, 2020 | 9:27 AM
BERSIHKAN MASJID: Pegawai menyembur bahan basmi kuman di dalam sebuah masjid di Jakarta pada 8 Mac 2020.
BERSIHKAN MASJID: Pegawai menyembur bahan basmi kuman di dalam sebuah masjid di Jakarta pada 8 Mac 2020. - - Foto REUTERS

JAKARTA: Indonesia mengesahkan lapan kes jangkitan koronavirus pada hari Selasa (10 Mac) sedang kementerian kesihatan meningkatkan usaha membendung penyebaran dalam masyarakat.

Indonesia kini mempunyai 27 kes yang disahkan, 21 daripadanya didedahkan dalam dua hari sebelumnya, lapor The Straits Times.

Pihak berkuasa juga telah mengenal pasti kemungkinan kelompok baru daripada Kes 14, yang telah sakit selama beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Jurucakap rasmi untuk Covid-19, Encik Achmad Yurianto, berkata hospital yang merawat pesakit Covid-19 mempunyai kapasiti yang cukup, dan tambahan 10,000 kit ujian telah tiba di Jakarta pada hari Isnin (9 Mac).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg