JAKARTA: Jumlah kes Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 14,265 kes, dengan jumlah kematian kini seramai 991 orang.
Pegawai Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto, berkata negara itu mempunyai 233 kes baru dan 18 lagi korban sehingga tengah hari Isnin (11 Mei).
Jumlah kematian terbanyak kekal di Jakarta, dengan 441 kematian, diikuti Jawa Timur (149), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Agensi berita


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg