Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Korban baru capai jumlah rekod 51 di Shanghai

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



SHANGHAI: Hab kewangan China, Shanghai, melaporkan 51 kematian baru akibat Covid-19 kelmarin, jumlah rekod dalam gelombang jangkitan semasa dan meningkat daripada 39 maut sehari sebelumnya.



Demikian menurut pemerintah semalam.



Bandar itu mencatatkan sebanyak 16,983 kes koronavirus asimptomatik tempatan baru, atau tiada gejala, merosot daripada 19,657 sehari sebelumnya.



Jumlah jangkitan simptomatik yang disahkan pula ialah 2,472, meningkat daripada 1,401 sehari sebelumnya.



Shanghai sedang memerangi penularan pandemik Covid-19 terbesar di China.



Pihak berkuasa di Shanghai mendirikan pagar di luar bangunan kediaman, sekali gus mencetuskan bantahan awam baru-baru ini mengenai penutupan yang telah memaksa sebahagian besar daripada 25 juta penduduk bandar itu berada di dalam rumah sahaja.



Gambar pekerja berbaju hazmat putih menutup pintu masuk blok perumahan dan seluruh jalan dengan pagar hijau yang setinggi kira-kira dua meter tular di media sosial, menimbulkan pertanyaan dan aduan daripada penduduk.



"Ini sangat tidak menghormati hak orang yang berada di dalam, menggunakan penghalang logam untuk mengurung mereka seperti haiwan peliharaan," kata seorang pengguna di platform media sosial Weibo.



Sebuah video menunjukkan penduduk sedang menjerit dari balkoni ke arah pekerja yang cuba memasang pagar lalu para pekerja mengalah dan tidak jadi memasangnya.



Terdapat video lain yang menunjukkan penduduk cuba merobohkan pagar yang dibina itu.



Kebanyakan pagar telah didirikan di sekitar kawasan yang ditetapkan sebagai "kawasan tertutup" - bangunan di mana sekurang-kurangnya seorang disahkan positif Covid-19, bermakna penduduk dilarang meninggalkan pintu depan mereka.



Tidak jelas apa yang mendorong pihak berkuasa menggunakan pagar.



Notis bertarikh Sabtu daripada satu pihak berkuasa tempatan yang dikongsi dalam talian mengatakan ia mengenakan "kuarantin tegas" di beberapa kawasan.



Pada satu sidang media harian semalam, Encik Qi Keping, naib ketua daerah komersial Yangpu di timur laut Shanghai, berkata pihak berkuasa sedang menimbangkan membahagi-bahagikan kawasan besar kepada lebih kecil untuk penguatkuasaan peraturan yang lebih tersasar.



"Setiap kompaun, setiap pintu pagar, setiap pintu mesti diurus dengan ketat," kata Encik Qi, sambil menambah, bagaimanapun, bahawa pendekatan baru itu "lebih baik mencapai pencegahan berbeza".



Shanghai sedang menjalankan ujian Covd-19 setiap hari dan mempercepatkan pemindahan kes positif ke kemudahan kuarantin, yang sebahagiannya berada di luar bandar. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >