Covid-19: Korea Selatan lapor 105 kes baru
Mar 29, 2020 | 10:48 AM
Korea Selatan telah mengesahkan 105 kes koronavirus baru pada Sabtu malam (28 Mac), menjadikan jumlah keseluruhan mencecah sebanyak 9,583, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea pada hari Ahad (29 Mac).
Negara itu telah melaporkan jumlah kes harian yang sama selama dua minggu yang lalu, turun daripada kadar tertinggi iaitu lebih dari 900 kes pada akhir Februari.
Kempen pemeriksaan besar-besaran, di samping usaha pengesanan hubungan yang intensif telah membantu Korea Selatan memperlahankan penyebaran penyakit tersebut.