Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Los Angeles perkenal sekatan baru perhimpunan sosial

Nov 28, 2020 | 03:36 PM



LOS ANGELES: Hampir semua perhimpunan sosial individu daripada lebih satu isi rumah tidak dibenarkan di wilayah Los Angeles bagi sekurang-kurangnya tiga minggu mulai Isnin (30 November) di bawah sekatan baru yang didedahkan pegawai kesihatan wilayah itu pada Jumaat (27 November).



Agensi berita Reuters melaporkan langkah itu diambil sedang kes jangkitan Covid-19 kian bertambah.



Perintah kesihatan awam ini bagaimanapun secara khusus mengecualikan khidmat keagamaan dan bantahan di bawah hak perlindungan mengikut perlembagaan sebagai mempersetujui keputusan Mahkamah Agung Amerika menjatuhkan perintah negeri New York yang menyekat saiz perhimpunan keagamaan. 



Langkah yang diperkenalkan wilayah Los Angeles ini menjejas sekitar 20 juta orang yang tinggal di kota kedua terbesar Amerika dan melepasi perintah berkurung yang dikenakan minggu lalu oleh Gabenor California, Encik Gavin Newsom.



Perintah tersebut tidak mengizinkan perhimpunan sosial dan kegiatan tidak penting diadakan antara 10 malam hingga 5 pagi.



Jika digabungkan, kesemua langkah ini boleh disifatkan sebagai paling tegas dan paling ketat dilaksanakan di Los Angeles sejak perintah berkurung seisi negeri yang pertama berkuatkuasa di California pada Mac lalu, sewaktu pandemik baru bermula.



Pihak berkuasa di dalam negeri ini juga telah mengembalikan pelbagai langkah membataskan kegiatan sosial dan ekonomi dengan harapan dapat melemahkan gelombang jangkitan koronavirus yang tidak terkawal serata negara menyusuli keadaan yang reda lewat musim panas.



Pemimpin politik dan pegawai kesihatan juga giat menguar-uarkan dan memohon kepada penduduk Amerika yang lelah dek pandemik agar duduk di rumah sahaja, mengelakkan daripada menghadiri sebarang perhimpunan beramai-ramai dan mengurangkan aktiviti membeli-belah sempena Krismas sementara Amerika menanti vaksin yang dijanjikan.



Pegawai kesihatan di wilayah Los Angeles menyatakan kes jangkitan Covid-19 baru dalam tempoh sehari di wilayah itu melebihi 4,500 kes selama lima hari berturut-turut. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >