Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Masih dapat kekalkan imuniti walau alami gejala ringan

May 27, 2020 | 9:59 AM
Pakar penyelidik menjalankan kajian awal di Perancis ke atas kakitangan hospital yang positif wabak Covid-19.
Pakar penyelidik menjalankan kajian awal di Perancis ke atas kakitangan hospital yang positif wabak Covid-19. - - Foto AFP

PARIS: Pesakit yang mengalami sakit ringan disebabkan wabak koronavirus mampu menghasilkan antibodi yang dapat membantu mereka menjadi imun terhadap virus itu buat beberapa minggu, menurut kajian awal dari Perancis yang telah menguji kakitangan hospital yang menunjukkan jangkitan ringan.

Para penyelidik mengatakan hasilnya, sangat "memberangsangkan" kerana sedikit yang diketahui mengenai mekanisme imuniti terhadap koronavirus novel, terutama pada mereka yang mengalami jangkitan ringan.

"Kami tahu bahawa mereka yang mengalami jangkitan teruk hanya mampu menghasilkan antibodi dalam masa 15 hari selepas mereka mula menunjukkan simptom," kata Arnaud Fontanet, ketua jabatan kesihatan global di Institut Pasteur, yang melakukan penyelidikan dengan Hospital Universiti di Strasbourg.

"Kami juga sekarang tahu bahawa ini boleh berlaku bagi mereka yang mengalami sakit ringan, walaupun kadar antibodi mungkin lebih lemah."

Kajian tersebut dilakukan terhadap 160 anggota kakitangan di dua lokasi hospital di Strasbourg yang telah diuji positif Covid-19 dan mengalami sakit-sakit ringan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg