Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Menteri Perancis dijangkiti selepas lawatan ke Parlimen

Mar 10, 2020 | 9:33 AM
MENTERI DIJANGKITI: Encik Franck Riester kini dalam keadaan baik dan sedang berehat di rumah.
MENTERI DIJANGKITI: Encik Franck Riester kini dalam keadaan baik dan sedang berehat di rumah. - - Foto AFP

PARIS: Menteri kebudayaan Perancis menjadi ahli politik terkini di negara itu untuk dijangkiti koronavirus, kata seorang pegawai pemerintah pada hari Isnin (9 Mac), selepas beberapa angggota Parlimen dijangkiti virus Covid-19 itu.

Encik Franck Riester kini dalam keadaan baik dan sedang berehat di rumah, kata Menteri Kesihatan Olivier Veran kepada BFM Television.

Seramai lima ahli parlimen Perancis telah disahkan dengan koronavirus, menurut laporan media pada hari Isnin, bersama seorang pekerja kafeteria Majlis Nasional, tempat di mana beberapa atau semua ahli parlimen itu terjangkit.

Encik Riester kali terakhir menemui Presiden Emmanuel Macron beberapa hari yang lalu, menurut sumber. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg