Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: M'sia catat tiga kematian, 217 kes baru

Apr 3, 2020 | 7:06 PM
SEMBURAN BASMI KUMAN: Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencapai 3,333 kes dengan tiga kematian dicatatkan hari ini.
SEMBURAN BASMI KUMAN: Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencapai 3,333 kes dengan tiga kematian dicatatkan hari ini. - EPA-EFE

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan tiga lagi kematian baru berkaitan jangkitan Covid-19, yang menjadikan jumlah keseluruhan korban wabak itu di Malaysia sebanyak 53.

Kes jangkitan baru yang dilaporkan pula setakat tengah hari tadi adalah sebanyak 217, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan 3,333.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa 60 pesakit pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 827 kes (24.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Jelas Noor Hisham, 58 daripada 217 kes baru yang dilaporkan hari ini mempunyai kaitan dengan kluster tabligh Sri Petaling.

Selain itu, 44 kes telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang merupakan salah satu hospital Covid-19, di mana 41 kes adalah kes berkaitan madrasah tahfiz di Selangor.

Sehingga kini, seramai 108 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan. - Malaysiakini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg