Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: M'sia lancar inisiatif tempatkan pekerja asing di hotel

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Satu inisiatif nasional dilancarkan untuk menempatkan pekerja asing di hotel buat sementara demi menangani keadaan Covid-19 di Malaysia.



Langkah itu juga akan membantu hotel yang hampir kosong.



Langkah tersebut bertujuan menangani penyebaran Covid-19 di tempat kerja melibatkan dormitori pekerja, kata Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.



"Ini adalah alternatif terbaik buat masa ini kerana ia secara tidak langsung akan membantu kesinambungan perniagaan hotel yang terjejas oleh pandemik di merata negara," kata kenyataan kementerian.



Menurut kementerian tersebut, kos menyewa bilik hotel berharga RM200 ($65.54) sebulan seorang dan akan terdapat caj bulanan tambahan RM20 untuk setiap pekerja untuk meliputi bil elektrik dan air.



Kos kemudahan lain, termasuk pakaian dan makanan, akan dibiayai pekerja atau majikan sendiri, menurut kementerian tersebut.



Ia berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional mengenai Covid-19 pada 26 Januari.



Menyusuli mesyuarat itu, kementerian berkata ia telah menghubungi wakil hotel dan industri bas pelancongan bagi mendapatkan maklum balas.



Baru-baru ini, pengarah agung kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau prihatin kes kelompok tempat kerja yang melonjak.



Daripada 350 kelompok baru dilaporkan antara 6 Januari dengan 22 Januari, 225 kelompok atau 64.3 peratus dikaitkan dengan tempat kerja, tambah beliau. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >