Topic followed successfully
Go to BHkuCovid-19: M'sia lapor 6,075 kes, tertinggi dicatat sejauh ini
Covid-19: M'sia lapor 6,075 kes, tertinggi dicatat sejauh ini
May 19, 2021 | 5:01 PM
Covid-19: M'sia lapor 6,075 kes, tertinggi dicatat sejauh ini
Foto LIM HUEY TENG -
KUALA LUMPUR: Malaysia melaporkan 6,075 kes Covid-19 pada Rabu (19 Mei), yang tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes.
Ini diikuti Johor (699 kes), Kuala Lumpur (660 kes), Kelantan (441 kes) dan Sarawak (323 kes).

