Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: M'sia rekod 67 kes baharu

May 10, 2020 | 8:00 PM
PENULARAN COVID-19: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 67 kes baharu dilaporkan hari ini, tetapi tiada kes import menjadikan keseluruhan kes di Malaysia, 6,656.
PENULARAN COVID-19: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 67 kes baharu dilaporkan hari ini, tetapi tiada kes import menjadikan keseluruhan kes di Malaysia, 6,656. - - Foto: BERITA HARIAN

PUTRAJAYA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan memaklumkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 108 kes atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 67 kes baharu dilaporkan hari ini, tetapi tiada kes import menjadikan keseluruhan kes di Malaysia, 6,656.

Sementara itu, Pakar Virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, berkata, kerajaan sudah meletakkan kepercayaan kepada rakyat melalui pemerkasaan komuniti dengan memberi kelonggaran ini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormatinya.

Oleh itu katanya, orang awam tidak seharusnya menyalahgunakan kelonggaran sepanjang musim perayaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tindakan itu boleh mengakibatkan peningkatan kes COVID-19. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg