Covid-19: New Zealand, Australia terlalu awal longgar sekatan walau jangkitan berkurangan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Covid-19: New Zealand, Australia terlalu awal longgar sekatan walau jangkitan berkurangan

Apr 13, 2020 | 01:47 PM

MELBOURNE - Para pegawai di New Zealand dan Australia, yang dipuji dunia kerana tanda awal kejayaan dalam memerangi koronavirus, berkata pada Isnin (13 April) bahawa terlalu awal untuk melonggarkan peraturan penjarakan sosial atau membuka semula ekonomi mereka.

Kadar kes koronavirus baru telah berkurangan dengan ketara di kedua-dua negara tanpa memberi tekanan ke atas sistem kesihatan mereka. 

New Zealand telah menguatkuasakan pelbagai langkah sekatan pergerakan manakala Australia juga menyekat banyak aktiviti dengan ketat. 

New Zealand mencatatkan kematian kelimanya akibat koronavirus pada Isnin, tetapi kes baru disahkan hanyalah 15 kes - iaitu satu perenam daripada jumlah kes pada awal April - membawa jumlah kes keseluruhan kepada 1,064.

Menurut kementerian kesihatan Australia, jumlah kes baru disahkan meningkat pada hari Isnin dengan sebanyak 33 kes, iaitu kadar paling perlahan dalam sebulan. REUTERS

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map