Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Pawagam di M'sia ditutup mulai November

Oct 31, 2020 | 7:46 PM
Pawagam seluruh negara ditutup mulai November setelah mengalami kerugian besar akibat pandemik Covid-19.
Pawagam seluruh negara ditutup mulai November setelah mengalami kerugian besar akibat pandemik Covid-19. - Berita Harian Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) mengumumkan keputusan untuk menghentikan operasi semua panggung wayang di seluruh negara buat sementara waktu bermula November ini. MAFE dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu adalah keputusan yang diambil selepas melihat kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di beberapa negeri menyebabkan panggung wayang terpaksa ditutup selain jumlah filem yang sedikit. "Bermula November ini, semua panggung wayang secara progresif akan menghentikan tayangan filem serta operasi mereka. Bagaimanapun, ia bergantung kepada perubahan keadaan semasa dan juga perkembangan keadaan pasaran," katanya, lapor Harian Metro. Industri panggung wayang Malaysia jatuh merudum akibat pandemik Covid-19 dan berdepan kerugian besar. Pada masa sama, pihak panggung wayang terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membekalkan peralatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan penonton. "Panggung wayang di Malaysia mendapat bantuan kerajaan dalam tempoh yang mencabar ini. Sekiranya industri ini jatuh, ia secara tak langsung akan mengganggu ekosistem hiburan tanah air kerana pembabitan banyak pihak termasuklah pelakon, pemasaran, kru filem dan ramai lagi," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg