Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Pembelian panik di Pulau Pinang setelah kes pertama dilaporkan

Mar 12, 2020 | 03:41 PM



GEORGE TOWN: Ramai penduduk Pulau Pinang, Malaysia kini mula merebut untuk membeli barangan keperluan, seperti makanan dan kertas tandas setelah negeri itu melaporkan kes jangkitan koronavirus pertamanya pada 9 Mac lalu.



"Saya rasa kebanyakan orang membeli hanya kerana mereka terikut keadaan semasa. Sekaligus mereka membeli secara panik, sama seperti di Hong Kong dan Singapura," kata seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Hing.



Beliau yang telah diberitahu temannya bahawa kertas tandas semakin berkurangan, dilihat sedang membeli produk itu di sebuah pasar raya di Bayan Lepas kerana beliau sudah tidak mempunyai bekalan tisu di rumahnya lagi.



Satu tinjauan oleh The Star pada Rabu (11 Mac) mendapati bahawa stok kertas tandas sudah habis di Sunshine Square, Bayan Baru dan Tesco Penang sementara pasar raya lain juga didapati mempunyai stok berkurangan. - The Star/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >