Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Pentadbiran Biden usaha dapatkan $2.5 trilion biaya bantuan

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran presiden baru Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berserta penggubal undang-undang lain kini membincangkan soal biaya bantuan Covid-19 bernilai AS$1.9 trilion ($2.5 trilion).



Kelmarin, wakil parti Republikan dan Demokrat sama-sama bersetuju bahawa keutamaan mereka sekarang adalah menghasilkan serta mengedarkan vaksin secara berkesan.



Dalam pada itu, pihak Encik Biden, yakni golongan Demokrat, cuba menepis dakwaan Republikan bahawa kos bantuan tersebut terlalu tinggi.



Ada wakil Republikan yang turut menyeru supaya rancangan mengedarkan vaksin perlu dikecilkan.



Bantahan itu berlaku sebulan selepas Kongres meluluskan biaya bantuan bernilai AS$900 bilion.



Senator Dick Durbin yang juga Demokrat kedua yang dipandang Dewan Senat berkata bahawa rancangan bantuan itu merupakan keutamaan Encik Biden.



Timbalan Utama Setiausaha Media Karine Jean-Pierre berkata kepada wartawan bahawa "mereka tidak sabar". "Washington seharusnya tidak dibelenggu lagi meskipun dahulu mereka dibelenggu," ujarnya.



Lanjutan itu, Rumah Putih tidak menyediakan butiran lanjut tetapi Encik Jared Bernstein, anggota majlis penasihat ekonomi Encik Biden, memberitahu agensi berita CNN bahawa bantuan AS$900 bilion yang diluluskan lewat tahun lalu itu hanya mampu membantu rakyat selama "sebulan dua sahaja".



Setakat ini, pandemik Covid-19 telah meragut nyawa lebih 417,000 orang di Amerika.



Lebih 175,000 warga juga dijangkiti setiap hari, manakala jutaan warga turut hilang pekerjaan.



Encik Biden, yang menjadi presiden ke-46 Amerika Rabu lalu, berkempen dengan janji hendak bertindak menyelamatkan warga daripada pandemik berbanding presiden sebelum ini, Encik Donald Trump.



Menurut laporan agensi berita, pentadbiran Encik Trump ketinggalan sasarannya hendak menjalankan proses inokulasi ke atas 20 juta warga menjelang penghujung tahun lalu.



Mereka juga tidak merancang cara mengedarkan vaksin kepada jutaan warga Amerika, ujar Ketua Pegawai Rumah Putih Ron Klain.



Berkenaan pembiayaan bantuan Covid-19, Kongres sudah pun meluluskan AS$4 trilion.



Baki AS$1.9 trilion itu pula bertujuan membiayai usaha tindak balas terhadap virus dari segi ekonomi, misalnya bantuan bagi mereka yang dibuang kerja.



"Natijahnya, kita berada dalam suasana darurat sekarang dan perlu bertindak seakan dalam keadaan begitu," ujar Encik Biden Jumaat lalu semasa menandatangani perintah eksekutif mengeluarkan bantuan ekonomi kepada rakyatnya.



Selain harga biaya yang mahal, penggubal dasar prihatin terhadap cadangan mengirimkan AS$1,400 dalam bentuk cek kepada kebanyakan warga Amerika.



Sebahagian daripada warga itu datang daripada keluarga berkemampuan.



Senator Republikan Mitt Romney berkata beliau akan menurut perintah Rumah Putih tetapi berkata bahawa biaya AS$1.9 trilion itu "mengejutkan". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >