SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19: Tentera Jerman hantar doktor, jururawat dan ventilator ke Portugal

Covid-19: Tentera Jerman hantar doktor, jururawat dan ventilator ke Portugal

Feb 3, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: Tentera Jerman hantar doktor, jururawat dan ventilator ke Portugal

7961213c-1ebe-4bcf-9a70-a5a2ad414347
-

BERLIN: Tentera Jerman akan menghantar lebih daripada 20 doktor dan jururawat ke Portugal, di mana ruang di unit penjagaan intensif hospital semakin sedikit setelah lonjakan dalam jumlah jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Kami menyokong rakan kami di Portugal yang mendapati diri mereka dalam situasi yang amat dramatik," kata Menteri Pertahanan Annegret Kramp-Karrenbauer kelmarin.

Satu kapalterbang yang membawa 26 doktor, jururawat dan pakar kebersihan serta 10 ventilator tidak bergerak dan 40 yang bergerak akan berangkat ke Lisbon hari ini, menurut kenyataan oleh kementerian pertahanan.

Portugal, yang berkata Sabtu lalu bahawa hanya tujuh daripada 850 katil ICU yang diperuntukkan bagi kes Covid-19 di tanah besarnya kosong, meminta bantuan daripada pemerintah Jerman.

Hospital di serata negara itu yang mempunyai lebih daripada 10 juta penduduk kelihatan hampir musnah, dengan ambulans kadangkala beratur berjam-jam disebabkan kekurangan katil dan beberapa unit kesihatan sukar mendapatkan ruang sejuk yang mencukupi untuk memelihara tubuh mayat.

Pasukan tentera Jerman akan juga membawa 150 katil hospital ke Portugal dan pada mulanya mempunyai matlamat untuk berada di situ selama tiga minggu, kata kementerian pertahanan Berlin.

"Koronavirus ini adalah satu cabaran buat kita semua, dan sistem penjagaan kesihatan Jerman di bawah tekanan juga," kata Cik Kramp-Karrenbauer.

Namun, beliau berkata mereka yakin bahawa dalam tempoh sebegini, perpaduan Eropah amat diperlukan. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg