Covid-19 tercetus di majlis perkahwinan, tahlil di Johor, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Covid-19 tercetus di majlis perkahwinan, tahlil di Johor

Mar 27, 2020 | 10:29 AM

SIMPANG RENGGAM (JOHOR): “Semuanya bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid,” kata penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab, 45, ketika menceritakan detik permulaan merebaknya wabak Covid-19 di perkampungan berkenaan.

Menurut Roslizam, bermula dengan hanya dua orang dikesan positif wabak maut itu, kini ia menular sehingga menyebabkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk terpaksa diarahkan berkurung di kediaman masing-masing bermula tengah malam tadi melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Katanya, walaupun Kampung Ibrahim Majid terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada Bandar Baru Ibrahim Majid, namun ia adalah laluan utama ke beberapa kampung rangkaian lain yang berdekatan selain jalan pintas ke Pekan Simpang Renggam.

“Keadaan ini menyebabkan kadar penyebaran wabak COVID 19 ini berlaku terlalu pantas dan sehingga hari ini sebanyak 61 kes positif Covid-19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang.

“Dijangka jumlah ini akan meningkat dalam sehari dua jika usaha memutuskan rangkaian penyebaran wabak Covid-19 tidak dilakukan dengan lebih gigih dan sabar,” katanya ketika dihubungi hari ini. - Berita Harian Malaysia

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map