Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Thailand lapor empat kes jangkitan baru

Mar 5, 2020 | 4:51 PM
Beberapa penumpang pengangkutan dilihat memakai pelitup di Bangkok pada 4 Mac 2020. Foto: AFP.
Beberapa penumpang pengangkutan dilihat memakai pelitup di Bangkok pada 4 Mac 2020. Foto: AFP. -

BANGKOK: Thailand telah melaporkan empat kes koronavirus baru, menjadikan jumlah jangkitan setempat naik kepada 47 orang sejak Januari, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Encik Suwanchai Wattanayingcharoen sewaktu sidang media pada Khamis (5 Mac).

Antara kes-kes baru itu melibatkan seorang warga Italy berusia 29 tahun, yang telah tiba di Thailand pada 1 Mac dan disahkan menghidap virus itu di satu hospital di wilayah Chonburi pada 2 Mac.

Kes kedua melibatkan seorang pekerja pejabat Thailand berusia 42 tahun yang disahkan mempunyai virus itu pada 3 Mac di hospital Chonburi.

Ketiga ialah seorang pelajar Cina, 22 tahun yang diperiksa mempunyai kesan jangkitan sewaktu beliau di transit Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok sedang beliau dalam perjalanan dari Iran ke China.

Keempat adalah seorang pelajar Thailand, 20 tahun yang telah pulang ke tanah airnya dari Iran pada 27 Feb dan dikesan menghidap virus itu di wilayah Nakhon Si Thammarat pada 2 Mac. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg