Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Wuhan kenal pasti kes jangkitan tanpa gejala, sedang angka rasmi merosot

Mar 24, 2020 | 03:37 PM



BEIJING: Walau angka rasmi yang dilaporkan China mengumumkan sedikit atau tiada kes jangkitan Covid-19 setempat yang baru dalam beberapa hari ini, pihak berkuasa negara itu masih mengenal pasti jangkitan baru melibatkan individu tanpa gejala.



Menurut seorang ahli pasukan kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit di Wuhan, beliau berkata bahawa setiap hari, bandar itu tetap mencatatkan "beberapa atau lebih sedozen individu tanpa gejala" yang disahkan dijangkiti Covid-19, lapor media China.



Ini bermakna mereka disahkan positif menghidap virus itu tetapi tidak mempunyai kesan jangkitan atau terjatuh sakit lalu tidak dicatatkan dalam bilangan rasmi.



Sehingga Ahad (22 Mac), wilayah Hubei, di mana terletaknya bandar Wuhan, telah melaporkan bahawa ia tidak mempunyai kes baru yang "disahkan" positif selama empat hari berturut-turut.



Ahli pasukan itu, yang enggan mendedahkan identitinya berkata bahawa mereka yang tidak mempunyai gejala itu dikenal pasti melalui langkah jejak hubungan rapat pesakit lain dan juga melalui pemantauan pekerja kuarantin yang merupakan risiko jangkitan tinggi. 



"Sejauh ini, tidak mungkin dapat disahkan jika penularan virus itu telah berhenti," tambah ahli pasukan kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit di Wuhan itu. - Caixin Global.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >