Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cuaca panas selubungi Asia

Singapura dijangka hadapi cuaca panas sehingga hujung bulan
Apr 22, 2023 | 01:30 PM



SINGAPURA merupakan antara sebahagian negara-negara di Asia berdepan cuaca panas, yang dipercayai disebabkan oleh gelombang haba.



Menurut Perkhidmatan Meteorologikal Singapura dalam kenyataan pada 17 April lalu, cuaca panas di republik ini dijangka berterusan sehingga hujung bulan.



Keadaan di negara ini tidak terkecuali kerana seluruh negara Asia Selatan dan Asia Tenggara turut berdepan gelombang haba, dengan beberapa negara mencatat rekod suhu tinggi.



Bangladesh mencatatkan suhu tertinggi dalam tempoh hampir 60 tahun minggu lalu, manakala di India, sekurang-kurangnya 13 maut akibat strok haba dan dua di Thailand, lapor agensi AFP.



Saintis berkata, pemanasan global memburukkan lagi cuaca, dengan laporan terbaru Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim memberi amaran, 'setiap kenaikan pemanasan global akan meningkatkan bahaya berganda secara serentak'.



Jabatan Meteorologi Thailand pada Rabu lalu, berkata suhu mencecah rekod 44.6 darjah Celsius di wilayah barat Tak pada 15 April lalu dan mengingatkan, suhu panas akan berterusan hingga minggu depan.



"Mungkin cuaca panas tahun ini bertambah teruk kerana tindakan manusia," kata timbalan ketua pengarah jabatan itu, Thanasit Iamananchai.



Negara itu lazimnya mengalami cuaca yang lebih panas sebelum musim hujan, namun kepanasan amat melampau pada kali ini.



"Rekod panas tahun ini di Thailand, China dan Asia Selatan adalah trend iklim yang jelas dan akan menyebabkan cabaran kesihatan awam untuk tahun akan datang," kata saintis yang juga ketua serantau bagi institut dasar iklim, Climate Analytics, Fahad Saeed.



Beliau memberi amaran, suhu yang melonjak berpunca daripada perubahan iklim dan kesan terhadap penduduk rentan akan menjadi lebih teruk.



"Panas melampau yang kita saksikan sejak beberapa hari lalu akan memberi kesan lebih buruk kepada golongan miskin.



"Ia mungkin mengancam nyawa mereka, yang tidak mempunyai akses kepada penyejukan atau tempat perlindungan yang mencukupi," kata Fahad, yang berpangkalan di Pakistan.



Di Bangladesh, ratusan orang berkumpul di ibu kota Dhaka minggu ini untuk berdoa memohon hujan selepas suhu mencecah 40.6 darjah Celsius, yang tertinggi direkodkan sejak 1960-an.



"Mereka mengadakan solat hajat memohon hujan, suhu berkurangan dan perlindungan daripada gelombang haba," kata ketua polis tempatan, Abul Kalam Azad.



Negara yang berada pada paras rendah itu terjejas dengan mendadak akibat perubahan iklim, termasuk mengalami banjir yang dahsyat dan hujan yang tidak menentu.



Di negara jirannya, India, sekurang-kurangnya 13 maut akibat strok haba pada satu acara anugerah yang diadakan di tempat terbuka di barat negara itu, Ahad lalu.



Ia berlaku ketika pihak berkuasa cuaca negara itu, berkata bahagian utara dan timur India mengalami suhu kira-kira tiga hingga empat darjah melebihi normal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >