KES BERKAITAN 1MDB
Cuba peras ugut majikan: Eksekutif ditahan di Thai
Jun 25, 2015 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif teknologi maklumat Switzerland yang ditahan pihak berkuasa Thailand atas dakwaan cuba memeras ugut majikannya, PetroSaudi International, berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dikatakan menerima bayaran RM15 juta ($5.38 juta) sebagai ganjaran meletak jawatan.
Media Thailand memetik polis negara itu sebagai berkata Xavier Andre Justo, 49 tahun, menafikan dia menuntut hampir RM10 juta lagi bagi tujuan itu.