Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuba seludup keluar 10 ular dalam seluar

Jul 19, 2016 | 8:44 AM
Koufah Jihad Zaki cuba menyeludup keluar 10 anak ular dengan menyembunyikannya di dalam beberapa beg kain hitam yang diletak di dalam seluarnya. : SOEKARNO-HATTA INTERNATIONAL AIRPORT POLICE
Koufah Jihad Zaki cuba menyeludup keluar 10 anak ular dengan menyembunyikannya di dalam beberapa beg kain hitam yang diletak di dalam seluarnya. : SOEKARNO-HATTA INTERNATIONAL AIRPORT POLICE - GAMBAR POLIS LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SOEKARNO-HATTA

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki yang didakwa cuba menyeludup ular keluar pada Sabtu (16 Jul) dengan menyembunyikan 10 anak reptilia itu dalam seluarnya.

Ketika itu dia dijadualkan menaiki penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini.

Media tempatan memetik naib presiden komunikasi korporat Garuda Indonesia, Encik Benny Sigar Butarbutar, berkata penumpang yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki itu ditangkap selepas dia melalui pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat.

Ular itu disembunyikan di dalam beberapa beg kain hitam dalam seluarnya.

"Beliau ditangkap dengan cepat semasa melalui X-ray di pintu masuk ke lapangan terbang," kata Encik Benny kepada akhbar Kompas pada Ahad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg