JAKARTA: Seorang pelakon Malaysia, Benjy, (gambar) yang nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, berhadapan hukuman penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.
Satu laporan The Jakarta Post menyatakan pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan Rabu lalu memohon hukuman itu dijatuhkan ke atas Benjy, 38 tahun, yang juga anak pelakon Allahyarhamha Azean Irdawaty.