JAKARTA: Bahrun Naim, lelaki warga Indonesia yang dipercayai menjadi dalang dalam kejadian pengeboman dan tembakan di Jalan Thamrin, Jakarta Pusat, pada Khamis lalu, dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Ketua Bahagian Hubungan Manusia Markas Besar Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Charliyan, dipetik Jakarta Post sebagai berkata bahawa Bahrun menggunakan kepakarannya dalam bidang tersebut untuk merekrut pengikut dan merancang tindakan keganasan.