Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS dan China tandatangani perjanjian dagangan tahap pertama

Jan 16, 2020 | 07:59 AM



WASHINGTON (AP) - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perjanjian dagangan dengan China pada Rabu (15 Januari) yang bertujuan meredakan ketegangan antara kedua gergasi ekonomi besar dunia itu.



Ia juga dijangka meningkatkan eksport dari peladang dan pengilang Amerika. Dalam majlis di Rumah Putih itu, Encik Trump berkata perjanjian itu ialah untuk 'membetulkan kesalahan di masa lampau'.



Beliau menambah ia akan membawa keadilan ekonomi kepada pekerja Amerika sambil menambah perjanjian itu akan membawa perubahan besar dalam dagangan antarabangsa.



Perjanjian tahap pertama itu merupakan perjanjian awal dari rundingan besar yang menumpukan usaha membaiki hubungan dagangan Amerika dan China.



Pemimpin China Xi Jinping dalam surat kepada Trump menyatakan tahap pertama itu 'baik bagi China, Amerika dan dunia'. Surat itu dibacakan oleh ketua perunding Beijing yang juga Timbalan Perdana Menteri China Liu He.



Perjanjian itu akan dapat mengurangkan sebahagian sekatan ekonomi Amerika terhadap Beijing dan meningkatkan pembelian produk seperti makanan laut, daging lembu dan barangan tenusu.



Perjanjian itu akan mengurangkan ketegangan dagangan yang memperlahankan pertumbuhan ekonomi kedua negara serta menjejas pengilang Amerika.



"Memastikan dua negara yang berkuasa ini dalam harmoni amat penting kepada dunia. Dunia sedang melihat kita hari ini,'' kata Presiden Trump.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >