Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dana $15 juta oleh New Zealand bagi kekang pengganasan dalam talian

Oct 14, 2019 | 02:04 PM



WELLINGTON -  Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern mengumumkan hari ini (14 Oktober) bahawa lebih banyak dana dan sokongan diberikan untuk sasarkan kandungan ekstremis pengganasan dalam talian, beberapa bulan selepas seorang didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch.





Serangan yang berlaku pada 15 Mac itu membunuh 51 orang Islam dan disiarkan secara langsung di Facebook, yang kemudiannya dikongsikan ke Twitter, YouTube dan aplikasi milik Facebook, Whatsapp dan Instagram.



Cik Ardern berkata pemerintah melaburkan $14.68 juta selama empat tahun untuk memperbaiki keupayaan New Zealand untuk mencari, menghentikan dan menghapuskan pengganasan dan kandungan ekstremis dalam talian secepat mungkin.



Pelaburan itu akan digunakan untuk menggandakan kerja-kerja siasatan, forensik, kecerdasan dan pencegahan di Jabatan Urusan Dalaman, kata beliau di sidang media.



Pasukan baru dianggotai 17 orang akan menangani kandungan sebegitu, kata pemerintah.



“Dunia dalam talian kami harus menjadi wadah kebaikan di mana idea dapat saling bertukar, berkongsi teknologi dan kekalkan kebebasan sivil, sambil melindungi rakyat New Zealand dari kandungan yang tidak menyenangkan,” kata Cik Ardern dalam satu kenyataan.



“Melawan ektremis pengganasan dalam talian adalah sebahagian daripada tindak balas kami terhadap serangan pengganas 15 Mac itu,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >