Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

INDIA

Dana bantuan baru di SG bagi kumpul wang, sokong India lawan Covid-19

Apr 28, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH dana bantuan baru bagi mengumpul dana dan menyokong India dalam usahanya menentang pandemik Covid-19 telah ditubuhkan di Singapura.

Inisiatif itu, yang diumumkan kelmarin, dimulakan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) serta Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha).

"Pandemik Covid-19 ini meninggalkan kesan tidak terhingga pada orang-orang di India, mengakibatkan beberapa krisis di seluruh negara itu.

"Dengan semua cabaran ini, SICCI dan Lisha bergabung tenaga untuk mengumpul sokongan kewangan bagi membantu India menanggani tekanan hebat ke atas perkhidmatan kesihatannya," kata dua pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

SICCI dan Lisha akan bekerjasama dengan agensi pemerintah di Singapura dan India untuk memastikan golongan paling terdedah menerima sokongan yang diperlukan daripada Dana Bantuan Covid India itu, lapor The Straits Times.

"Rayuan (bagi bantuan) awal SICCI dan Lisha difokuskan pada respons kecemasan untuk membantu melindungi golongan paling terdedah kepada kesan langsung penyebaran Covid-19, dan meningkatkan perlindungan dan bantuan demi menyelamatkan nyawa di negeri-negeri serta hospital yang diberi keutamaan di India," tambah kenyataan itu.

Menurut SICCI dan Lisha, hospital di India kini paling memerlukan alat pernafasan dan peranti penumpu oksigen (oxygen concentrator devices).

Orang ramai boleh menghubungi SICCI Cares di 9654-1346 atau 6222-2855, atau hantar e-mel kepada indiacovidfund@sicci.com

Mereka yang mahu menderma boleh melakukan demikian kepada SICCI menerusi akaun bank DBS 0720267338.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3