Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DAP anggap PAS musuh utama

Jan 11, 2016 | 03:48 PM



SHAH ALAM (Selangor): Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.


Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai musuh parti berkenaan.


"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.


"Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.


Beliau ditemui di Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Timbalan Mufti, Ketua Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Kayangan di sini, pagi tadi.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyempurnakan majlis berkenaan. Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.


"Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya.


Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka.


Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >