Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dari penjara ke mahkamah, Najib hadapi tuduhan babit 1MDB pula

Aug 27, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi bagi sambungan semula perbicaraan didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Semalam hari kedua dia hadir di mahkamah sejak menjalani hukuman penjara sejak Selasa lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ($65 juta) yang dijatuhi Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 lalu.



Perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB itu turut membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Encik Arul Kanda Kandasamy.



Encik Arul Kanda, 45 tahun, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.



Najib menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam diiringi beberapa kenderaan polis dan juga kenderaan dari Jabatan Penjara (gambar atas). Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melambai ke arah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam yang membawa suaminya itu sebaik selesai perbicaraan.



Bekas CEO tak tahu apakah hakim terlibat dalam pinjaman Maybank kepada 1MDB



Kehadiran Najib di mahkamah bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mendapat perhatian orang ramai.



Beberapa penyokong dia juga dilihat berada di luar mahkamah dan melambai-lambai ke arah kenderaan SUV yang membawanya, sambil memanggil "Datuk Seri" berulang kali ketika konvoi tiba.



Seorang individu yang ditemui di pekarangan kompleks Mahkamah Jalan Duta berkata beliau tiba seawal 7.45 pagi untuk melihat kelibat bekas perdana menteri itu



"Apapun, dia perdana menteri banyak berjasa. Saya tidak setuju dengan perbuatan rasuah yang didakwa telah dilakukan olehnya, tapi sebagai pemimpin pada saya beliau berjasa. Saya cuma mahu melambai kepadanya. Itu sahaja," katanya, yang enggan memberi namanya kepada wartawan.



Sejurus selepas itu, Datin Rosmah tiba di mahkamah dan naik ke tingkat lima tempat prosiding kes 1MDB berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohammed Zaini Mazlan.



Sepuluh minit selepas itu, anak Najib, Datuk Mohd Nizar, tiba.



Pada 11.55 pagi, Datin Rosmah, yang diiringi beberapa orang dengan kawalan polis keluar dari mahkamah menuju ke hadapan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan selesai.



Beberapa minit kemudian, motosikal dan kereta polis serta kenderaan penjara mengiringi Najib, yang menaiki SUV warna hitam, untuk kembali ke Penjara Kajang.



Sebaik SUV itu menghampiri, Datin Rosmah dan beberapa orang yang menanti kira-kira lima minit kemudian melambai-lambai ke arah kenderaan itu dengan wajah sayu.



Di seberang jalan pula, kelihatan beberapa penyokong melaungkan nama "Bossku" berulang kali hinggalah konvoi tersebut keluar meninggalkan bangunan mahkamah.



Datin Rosmah juga sempat melambai ke arah kenderaan yang dinaiki Najib



Najib, 68 tahun, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentang di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.



Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Encik Arul Kanda Kandasamy, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam beliau tidak tahu apakah bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, terlibat dalam pemberian pinjaman RM4.1 bilion oleh Maybank kepada 1MDB.



Datuk Mohd Nazlan ialah Hakim Makamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah bagi tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta ($13.07 juta) milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, dan menjatuhkan ke atas bekas perdana menteri itu hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.



Pada 15 Ogos, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan membabitkan Datuk Mohd Nazlan menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC.



Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kaitan antara jawatan Datuk Mohd Nazlan sebelum ini sebagai peguam dan setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank yang boleh menyebabkan berat sebelah terhadap perayu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >