MANILA: Kolonel Romeo Caramat telah menyaksikan hari paling berdarah dalam perang terhadap dadah di Filipina - 32 orang terbunuh dalam masa 24 jam di wilayah utara Manila semasa beliau menjadi ketua polis pada 2017.
Kini sebagai ketua penguatkuasa dadah bagi Polis Negara Filipina, Kolonel Caramat berkata pendekatan ultra-ganas bagi membendung dadah haram tidak berkesan.