Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Debat antara Mahathir dan menteri ditunda

Mar 22, 2017 | 10:22 AM



IPOH - Perdebatan awam antara dua tokoh politik Malaysia - mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan Nazri Aziz - telah ditangguhkan kira-kira dua minggu selepas polis menghentikan acara yang dirancangkan Sabtu ini.



Polis Malaysia semalam menolak permohonan mengadakan perbahasan di dewan sebuah sekolah di kawasan luar bandar di kawasan undi Datuk Seri Nazri di Padang Rengas di utara Perak, menyebut kebimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.



Debat itu kini dijadualkan berlangsung di Shah Alam, ibu negeri Selangor, pada 7 April, Encik Nazri dipetik akhbar New Straits Times semalam sebagai berkata.



Ia akan diadakan di ibu pejabat kumpulan media, Karangkraf Media Group, penerbit akhbar Sinar Harian dan majalah gaya hidup.



Debat politik antara dua tokoh terkenal itu adalah perkara yang jarang berlaku di Malaysia.



Acara itu mendapat banyak perhatian dalam media dan blog-blog politik, dengan ribuan orang dijangka hadir.



Debat itu muncul selepas Tun Dr Mahathir, 91 tahun, dan ahli-ahli pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melawat Padang Rengas, kawasan majoriti Melayu, untuk bertemu pengundi.



Menteri Penerangan Salleh Said Keruak berkata Ahad lalu bahawa Radio Televisyen Malaysia tidak akan menyiarkan perbahasan itu.



Polis berkata mereka menerima lapan aduan daripada penduduk di Padang Rengas, lalu menyekat perbahasan di sana.



Polis juga berkata pihak penganjur gagal memohon permit sekurang-kurangnya 10 hari sebelum acara itu.



"Kami mengambil kira faktor berkaitan keselamatan, ketenteraman awam dan perlindungan hak awam dan kebebasan," kata pemangku Ketua Polis Perak Hasnan Hassan, menurut akhbar The Star.



Encik Nazri, 62 tahun, mula menjadi menteri kabinet pada zaman Mahathir dan juga zaman Menteri Tun Abdullah Badawi. Beliau kini setia dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Diberitahu mengenai polis permit yang ditolak itu, Encik Nazri berkata: "Saya tidak faham mengapa pihak polis menyekat hak saya sebagai seorang individu. Saya seorang menteri, Dr Mahathir adalah mantan Perdana Menteri; sejak bila kita menjadi sebuah negara polis?"



Encik Nazri berkata acara itu akan selamat kerana beliau telah memberitahu ahli Umno supaya tidak hadir kerana anggota pembangkang dijangka hadir beramai-ramai. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >