Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS dedah dokumen rahsia serangan 9/11, tiada bukti Saudi terlibat

Sep 12, 2021 | 05:52 PM



BIRO Siasatan Federal (FBI) pada Sabtu (11 Sep) menyiarkan dokumen pertama yang diubah status rahsianya berkaitan siasatan Amerika Syarikat ke atas serangan 9/11 dan dakwaan bahawa kerajaan Arab Saudi memberi sokongan kepada perampas pesawat yang digunakan dalam serangan tersebut.

Dokumen tersebut mendedahkan hubungan perampas itu dengan rakan kerjasama mereka di Amerika, namun tiada bukti pembabitan kerajaan Arab Saudi dalam serangan pada 9 September 2011 itu.

Disiarkan pada ulang tahun ke-20 serangan 9/11, dokumen itu adalah laporan siasatan pertama didedahkan sejak Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengarahkan semakan terhadap bahan siasatan sesuai dikongsi dengan orang awam.

Encik Biden berdepan tekanan daripada keluarga mangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini, yang sekian lama mencari rekod itu ketika mereka membuat tuntutan di mahkamah New York dengan mendakwa pegawai kanan Arab Saudi terbabit dalam serangan 9/11.

Arab Saudi menafikan sejak awal bahawa ia terlibat dalam serangan yang dirancang dan dilakukan kumpulan pengganas Al-Qaeda itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >