Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Delegasi Yayasan Rahmatan Lil Alamin di Turkey, tinjau agih bantuan

Mar 27, 2023 | 05:30 AM



DELEGASI Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) kini berada di Turkey untuk mengawasi pengagihan bantuan kepada mangsa yang terjejas gempa di Turkey dan Syria pada Februari lalu.



Dengan kerjasama pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Turkey, Hayrat Yardim, RLAF akan mengagihkan bekalan peruntukan kepada mangsa yang terselamat.



Semasa lawatan tersebut, mereka akan mengagihkan pelbagai bekalan seperti khemah, makanan panas, tilam, selimut dan pakaian musim sejuk.



Sepanjang lawatan mereka yang diadakan dari 26 hingga 30 Mac, delegasi RLAF akan memulakan lawatan mereka di Istanbul sebelum bergerak ke kawasan gempa, Kharamanmara dan Hatay.



Antara mereka yang turut sertai kunjungan tersebut termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dan anggota lembaga RLAF, Encik Mohamad Helmy Mohd Isa.



Mengulas tentang lawatan tersebut, Encik Faizal berkata beliau berharap dana yang disumbangkan ini dapat mengurangkan beban warga Turkey yang terjejas.



"Sehingga kini kita hanya mendengar khabar usaha-usaha seperti ini melalui berita yang diterbitkan. Jadi lawatan ini adalah untuk memastikan bahawa dana yang kami kumpul digunakan dengan cara yang betul dan telus" jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >