Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Delhi akan mula longgar sekatan jika kes baru Covid-19 terus berkurang

May 25, 2021 | 05:30 AM



NEW DELHI: Ibu kota India, New Delhi, akan mula mengurangkan sekatan ketat koronavirus minggu depan jika kes baru terus merosot di bandar tersebut, kata ketua menterinya kelmarin.



Namun, di peringkat seluruh negara pula, lebih 300,000 kematian akibat pandemik Covid-19 telah dilaporkan semalam, menjadikan negara itu yang ketiga selepas Amerika Syarikat dan Brazil untuk mencapai angka tersebut sedang gelombang besar jangkitan itu melanda sistem penjagaan kesihatan.



Angka kematian di India kini 303,720 setelah menambah 50,000 kematian dalam waktu dua minggu, sedang jumlah jangkitan meningkat melebihi 26.7 juta, menurut perangkaan kementerian kesihatan.



Selama berminggu-minggu, India telah memerangi gelombang kedua Covid-19 teruk yang melumpuhkan sistem kesihatannya dan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen.



New Delhi, salah satu bandar yang paling teruk terjejas, telah melaksana sekatan pada 20 April lalu, tetapi kes baru telah merosot dalam beberapa minggu lalu, dan kadar positif ujian telah jatuh ke bawah 2.5 peratus, berbanding dengan 36 peratus bulan lalu, kata Ketua Menteri Arvind Kejriwal.



"Sekiranya kes terus berkurangan dalam seminggu, maka mulai 31 Mei, kami akan memulai proses membuka semula," kata Encik Kejriwal dalam satu sidang media.



Delhi melaporkan sekitar 1,600 kes Covid-19 baru dalam 24 jam sebelumnya, kata beliau.



Banyak negara masih dalam sekatan, dan ini menimbulkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi pandemik tersebut.



Ketua Majlis Penyelidikan Perubatan India yang dikendali di peringkat negara berkata bulan ini bahawa kawasan dengan kadar jangkitan tinggi harus menjalani sekatan selama enam hingga lapan minggu untuk memutuskan rangkaian penularan.



Kes Covid-19 harian India semakin merosot setelah memuncak pada 9 Mei.



Pemerintah berkata Ahad lalu bahawa ia melakukan ujian Covid-19 pada kadar tertinggi, dengan lebih dari 2.1 juta sampel diuji dalam masa 24 jam sebelumnya.



Namun, pakar telah memberi amaran India boleh menghadapi gelombang jangkitan ketiga dalam beberapa bulan mendatang, dan banyak negeri masih belum memberi vaksin kepada mereka yang berusia di bawah 45 tahun kerana kekurangan bekalan.



Negara penghasil vaksin terbesar di dunia itu telah memberi vaksin sepenuhnya kepada lebih 41.6 juta orang, atau hanya 3.8 peratus daripada 1.35 bilion penduduknya.



Ramai pakar juga percaya bahawa jumlah kematian sebenar di negara itu jauh lebih tinggi, terutamanya sedang penyakit itu merebak menjangkau bandar besar ke kawasan luar bandar yang didiami kebanyakan penduduk negara itu, dan di tempat yang mempunyai kekurangan kemudahan kesihatan dan penyimpanan rekod. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >