NEW YORK: Pengeluar komputer Dell Inc mengumumkan membeli syarikat penyimpanan data, EMC Corp, pada pertimbangan harga AS$67 bilion ($94 bilion), untuk menjadi peneraju dalam segmen penyimpanan dan pengurusan data korporat.
Pengambilalihan itu, ketiga terbesar tahun ini, mencerminkan kegilaan dalam keadaan ekonomi semasa yang menyaksikan syarikat gergasi atau matang memanfaatkan kadar faedah rendah membeli pesaing bagi menjana pertumbuhan.