Demokrat adakan bantahan duduk tuntut undi kawalan senjata
Jun 24, 2016 | 05:30 AM
WASHINGTON: Anggota Demokrat mengadakan bantahan duduk di lantai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, menuntut supaya Dewan terus bersidang sehingga kepimpinan Republikan bersetuju mengadakan pengundian pengawalan senjata menyusuli kejadian tembakan di Orlando.
Melaungkan "Tiada rang undang-undang, Tiada rehat!" berpuluh-puluh anggota parlimen Demokrat menyertai bantahan itu.