JEDDAH: Arab Saudi akan mendenda dan mengenakan hukuman penjara ke atas individu dan syarikat yang membawa jemaah haji yang tidak mempunyai permit haji, sebagai sebahagian langkah keselamatan ketat dalam penganjuran ibadah haji tahun ini.
Ibadah tahunan itu, yang biasanya menarik lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia, akan berlangsung sedang Arab Saudi, sebagaimana negara lain dilanda pandemik koronavirus Covid-19.