Dera budak: Suami isteri direman
Jun 30, 2015 | 05:30 AM
PASIR MAS: Pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kes dera kanak-kanak berusia lima tahun direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Rashid Mustapa di Kompleks Mahkamah Pasir Mas, di sini, lapor Utusan Malaysia semalam.