Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Desakan letak jawatan tidak akan selesaikan masalah Umno: Ahmad Zahid

Dunia
28
0

Desakan letak jawatan tidak akan selesaikan masalah Umno: Ahmad Zahid

Feb 05, 2021 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Desakan supaya meletak jawatan sebagai Presiden Umno tidak akan menyelesaikan masalah di dalam parti, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, langkah yang diambil sebelum ini dilihat tidak memberi kesan positif kepada parti.

Namun begitu, usaha sedang dilakukan bagi memperkukuh parti.

Tegas beliau, Umno dan Barisan Nasional yang dipimpinnya tidak mengamalkan politik 'barbaric' yang dipenuhi kebencian dan dendam.

Menyatakan demikian dalam catatan di Facebook semalam, Dr Ahmad Zahid meminta semua pihak agar "jangan bimbang" dan berkata:

"Umno/BN tidak menganiaya, menzalimi lawan hanya kerana berbeza fahaman politik - hanya kerana mahu kekal berkuasa.

"Umno/BN bersaing dengan ideologi, dengan hujah dan fakta. Dengan perkhidmatan. Demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat."

Justeru jelasnya, tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya Umno/BN nanti dan mana-mana pihak "tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri" - tanpa menyatakan secara jelas siapa atau pihak mana yang dimaksudkan.

Sebelum ini, terdapat desakan dari kalangan ahli dan pemimpin muda Umno yang meminta Dr Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian, Encik Mohd. Helmi Buang, dan Ketua Pemuda Seremban, Encik Zool Amali Hussin, telah meminta presiden Umno "berehat", usulan yang menimbulkan gelora di kalangan kepimpinan Umno.

"Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat Presiden Umno ataupun menidakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi. Kami tidak membenci presiden cuma kami sayangkan Umno," katanya menerusi video secara langsung di akaun Facebooknya pertengahan bulan lalu.

Susulan daripada gesaan itu, terdapat pemasangan sepanduk yang meminta Dr Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno berlaku di banyak tempat.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan lewat bulan lalu berkata, tindakan mendesak pemimpin tertinggi berundur menerusi penggunaan sepanduk dengan kata kurang sopan dilihat bertentangan dengan adat, budaya orang Melayu dan Islam.

Ahli Umno diminta supaya terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

"Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana Umno itu nilainya demokratik, tetapi janganlah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan Umno. Pepatah Melayu berpesan, "Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab"," katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, walaupun hak ahli untuk bersuara tidak pernah dihalang, ia bukanlah alasan agar mereka biadap dalam berjuang.

"Umno lahir dari jiwa pendukungnya yang besar. Janganlah hanya kerana ujian yang kita lalui hari ini menjadikan pemikiran dan jiwa kita semakin sempit dan mengecil," katanya lewat bulan lalu.

Mengulas lanjut akan keadaan yang dihadapi, Dr Ahmad Zahir berkata:

"Jika ditakdirkan ada sebarang perkara berkaitan perundangan pun semata-mata berlandaskan keluhuran Perlembagaan. Tidak usah resah dengan istilah "What You Give You Get Back" (Apa yang anda beri, anda akan terima).

"Umno/BN dan ahli-ahlinya sangat profesional, 'gentleman' (beradab). Doa yang baik-baik sahaja," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3