KUALA LUMPUR: Dewan Negara Malaysia meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat atau Anggota Parlimen (AP) Bertukar Parti selepas dibahas seharian sejak semalam.
Semua 52 Senator yang hadir pada Persidangan Dewan Negara menyokong rang yang digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Seramai tujuh Senator tidak hadir, keseluruhannya Dewan Negara mempunyai 70 Senator.