MUKTAMAR PEMUDA PAS
Dewan ulama usul putus hubungan dengan DAP
Jun 05, 2015 | 05:30 AM
GOMBAK: Dewan Ulama Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat kelmarin sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Bagaimanapun, Dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).