Di mana mayat Jong-nam?

KUALA LUMPUR - Di manakah lokasi sebenar mayat abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam terus menjadi tanda tanya?

Persoalan itu timbul apabila mayat Jong-nam yang dipercayai diterbangkan ke Beijing, China petang semalam (27 Mac) dikatakan tidak benar sebaliknya didakwa dihantar semula ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Pada awalnya, mayat mendiang dikatakan tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 tengah hari sebelum dijadualkan dibawa naik pesawat penerba­ngan nasional pada pukul 6.25 petang.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, mayat Jong-nam sememangnya telah dibawa ke lapa­ngan terbang itu kemudian dibawa keluar semula dari lokasi terbabit.

"Ya betul, belum hantar ke China, memang telah dihantar ke KLIA tetapi dibawa semula ke satu lokasi yang masih dirahsiakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, mayat Jong-nam telah dibawa keluar dari IPFN dengan kenderaan mayat jenis Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira pukul 2 petang dan dipercayai mayat itu dibawa ke sebuah lokasi di Cheras.

Namun begitu, kira-kira pukul 9.30 malam ini, sebuah van putih kelihatan membawa keluar sebuah keranda yang dibalut plastik bercop 'fragile' di IPFN, HKL. - Utusan Online

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:36
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.