Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Dialog dengan Najib tentang isu 1MDB dibatalkan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dialog dengan Najib tentang isu 1MDB dibatalkan

Jun 05, 2015 | 02:56 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, telah mengarahkan dialog antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama badan bukan kerajaan (NGO) dibatalkan "demi kesejahteraan awam dan keharmonian masyarakat".

Dialog 'Nothing2Hide' itu sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ialah antara tetamu kehormat yang tiba awal di lokasi iaitu pada 8.58 pagi.

Sesi dialog itu dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan NGO, penulis blog dan media bagi mengemukakan soalan kepada Datuk Seri Najib termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Najib juga dijadualkan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sesi dialog anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) itu.

Selepas dialog itu dibatalkan, pihak penganjur telah menjemput Dr Mahathir memberikan ucapan di atas pentas bagi mententeramkan hadirin yang mulai kecoh kerana menunggu ketibaan Datuk Seri Najib sejak awal pagi.

Ucapan Dr Mahathir bagi menggantikan sesi dialog Datuk Seri Najib itu bagaimanapun terpaksa dihentikan selepas dihalang pihak polis. - Utusan Malaysia, mStar Online

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3