KLANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berhadapan dengan adik kandungnya, Encik Mohamed Azwan, pada PRU14 bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.
Selain Datuk Mohamed Azmin dan selebriti tanah air itu, kerusi berkenaan turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN) daripada Umno, Cik Salwa Yunus; calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Syarifah Hazlizah Syed Hussain dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Encik Ahmad Kamarudin.