Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dihalau dari rumah, 7 beranak tinggal dalam bangsal tanpa dinding di Kelantan

Sep 25, 2019 | 12:15 PM



KOTA BHARU, KELANTAN – Tujuh beranak di Kampung Baru Pantai Mek Mas terpaksa tinggal dalam bangsal tanpa dinding sejak 14 September lalu akibat tidak mampu membayar sewa rumah mereka yang sebanyak RM350 ($115) sebulan.



Keluarga Encik Imran Amin, 59 tahun, dan Cik Zainun Yaakub, 39 tahun, tinggal di bangsal itu bersama lima daripada enam anak mereka yang berusia antara dua dengan 16 tahun.



Malah, dua anak perempuan Encik Imran yang paling sulung terpaksa berhenti sekolah sejak setahun lalu kerana kesempitan wang untuk menampung tambang sekolah seperti biaya buku, seragam sekolah dan duit belanja seharian mereka.



Keadaan semakin sulit apabila anak kedua beliau, Cik Siti Nur Shafikah, 16 tahun,

diserang penyakit tulang belakang tergelincir, yang menyebabkan pergerakannya terbatas. 



“Sebulan sekali kami perlu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bertemu doktor dan semua itu juga memerlukan kos ulang-alik ke hospital. Saya hanya bekerja sebagai pembantu perawatan Islam dengan pendapatan tidak menentu antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan.



“Isteri saya tidak bekerja dan kami tidak dapat menampung semua perbelanjaan itu,” kata Encik Imran apabila ditemui wartawan Sinar Harian pada Selasa (24 September).



Anak sulung pasangan itu, Siti Nuha Tasurunn Nazirin,19 tahun, sudah tiga bulan merantau ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pembantu membuat kuih, demi membantu mengubah nasib mereka sekeluarga.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >