Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Diplomat India berlepas pulang selepas didakwa di New York

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Diplomat India berlepas pulang selepas didakwa di New York

Jan 10, 2014 | 09:20 PM

NEW YORK: Seorang diplomat India yang mencetuskan tengkarah dua hala ekoran layanan tidak wajar yang diterima apabila ditahan polis New York bulan lalu, telah berlepas pulang ke tanah air tadi selepas diberi imuniti penuh.

Awal dari itu, Timbalan Konsul Besar India di New York itu, Cik Devyani Khobragade, telah tetap didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan melakukan penipuan visa dan tidak membayar gaji mencukupi kepada pembantu rumah beliau.

Meskipun didakwa, Cik Khobragade kemudian dibenarkan pulang ke tanah air di bawah perjanjian yang berjaya dicapai di antara India dengan Amerika Syarikat di mana Jabatan Negaranya mengiktiraf status imuniti penuh yang telah diterimanya dua hari sebelum perbicaraan.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Luar India berkata:

"Semasa beliau hendak berlepas ke India, Cik Khobragade sekali lagi menegaskan yang beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya. Beliau juga mengulangi tekadnya dalam memastikan peristiwa ini tidak akan menjejas keluarganya, terutama anak-anak beliau, yang masih menetap di Amerika Syarikat."

Suami Cik Khobragade yang merupakan warga Amerika kini berada bersama anak-anak mereka di sini.

Cik Khobragade, 39 tahun, telah ditahan polis New York pada 12 Disember lalu dengan digari selain diarah menanggalkan pakaian untuk pemeriksaan badan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Manhattan semalam, Cik Khobragade dan pihak lain turut dituduh "menakut-nakutkan mangsa dan keluarganya dan berbohong kepada pihak berkuasa India dan mahkamah."

Sebelum ini, pemerintah India telah mendaftarkan Cik Khobragade sebagai anggota misi negara itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mendapatkan beliau imuniti penuh seorang diplomat.

Sebagai Timbalan Konsul Besar India di New York, imuniti Cik Khobragade hanya meliputi tindakan yang dibuat bagi menjalankan tugas-tugas konsul.

Peguam Cik Khobragade, Encik Daniel N. Arshack, berkata kliennya yang kini telah dipindahkan bertugas ke New Delhi, gembira kerana Jabatan Negara melakukan "perkara yang betul" kerana mengiktiraf statusnya sebagai seorang diplomat. - AFP, AP, Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3