Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ditangkap kerana beri dadah dan rogol budak 12 tahun

Oct 12, 2016 | 02:48 PM



ALOR SETAR (Kedah): Polis menangkap seorang lelaki yang didakwa memberi dadah kepada seorang budak perempuan berusia 12 tahun, yang dikenalinya di media sosial, sebelum merogolnya.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Mohd Rozi Jidin, berkata polis akan memohon agar lelaki berusia 24 tahun itu ditahan reman pada Rabu (12 Okt).



"Kami menangkap dia pada 3 petang (Selasa) dalam flat kos rendah di Taman Setia Jaya, Jalan Langgar. Dia disahkan negatif menyalah guna dadah," katanya.



Lelaki tersebut dilaporkan melakukan hubungan seks dengan murid darjah enam itu beberapa kali selepas mengenalinya beberapa bulan lalu melalui WeChat.



Ibu budak itu mendapat tahu tentang hubungannya dengan lelaki tersebut dan membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi pemeriksaan pada Ahad.



Beliau membuat laporan polis selepas hospital menasihatkannya bahawa koyak faraj baru dan lama ditemui pada anaknya.



Dipercayai bahawa budak itu mengadakan hubungan seks dengan beberapa rakan lelakinya sejak awal tahun ini. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >