ISU WANITA 70-AN TAHUN LAHIRKAN ANAK
Doktor di India bimbang kesihatan ibu dan masa depan anak
May 13, 2016 | 05:30 AM
NEW DELHI: Doktor di India melahirkan kebimbangan mereka daripada sudut etika dan kesihatan selepas seorang wanita berusia 70 tahun melahirkan anak pertamanya, dua tahun selepas rawatan persenyawaan in-vitro.
Cik Daljinder Kaur melahirkan seorang anak lelaki bulan lalu selepas menerima rawatan kesuburan di sebuah klinik di utara India bersama suaminya, Encik Mohinder Singh Gill, 79 tahun.